SEDEKAH RAMADHAN NEPAL 2020/1441H

Nepal adalah diantara negara termiskin di Asia. Lebih 25% penduduk berada dibawah paras kemiskinan manakala kadar pengangguran pula sekitar 10%.

Bancian penduduk terakhir pada tahun 2011 meletakan jumlah umat Islam adalah sekitar 1.0 juta atau 4.4% daripada jumlah penduduk Nepal. Lebih 90% umat Islam tinggal di kawasan yang dikenali sebagai Terai dan bakinya di Kathmandu.

Kawasan Terai ini merentangi daripada timur hingga ke barat Nepal bersempadan dengan India. Keadaan muka bumi lebih landai di kaki banjaran Everest menjadikan Terai ini sesuai untuk aktiviti pertanian. Oleh yang demikian kebanyakan umat Islam bekerja sebagai petani tradisi. Seperti di mana-mana negara, petani tradisi hidup dalam kemiskinan. Bertambah buruk lagi mereka hidup dalam sebuah negara termiskin di rantau ini menyebabkan tidak banyak bantuan diperolehi daripada pihak kerajaan.

Projek Sedekah Ramadhan 2020/1441H ini adalah projek ke-2 kami laksanakan di Nepal selepas Projek Qurbani 2019/1440H tahun lalu. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak berapa terdedah kepada maklumat berkaitan negara Nepal selain daripada mengetahui terdapatnya gunung Everest disana dan negara asal masyarakat Gurkha.

Oleh yang demikian, untuk mendapatkan sokongan rakyat Malaysia menyumbang dana untuk projek di Nepal agak sukar. Namun begitu, kami mengharapkan projek kedua ini memberi lebih pendedahan kepada kita semua lantas menarik minat yang lebih untuk rakyat Malaysia menyumbang kepada projek Sedekah Ramadhan Nepal 2020/1441H.

PAKEJ MAKANAN :

RM130

Per Pek

Bantu viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk berkongsi kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang dibawah: