SEDEKAH RAMADHAN PALESTIN 2020/1441H

Bulan Ramadhan tahun ini mungkin antara yang paling sukar kepada penduduk Gaza. Wabak Covid-19 telah mula sampai ke wilayah yang tidak pernah kenal keamanan sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Hidup penuh dengan kesusahan dihantui pelbagai cabaran seperti keruntuhan ekonomi, kadar pengangguran antara yang tertinggi didunia, air tercemar dan sebagainya.

Ini belum lagi dikira onar dan kezaliman pihak Israel dan tidak kurang juga daripada pihak kerajaan Abdel Fattah el-Sisi, Mesir yang tidak pernah merasa belas kasihan kepada rakyat Gaza.

Impak wabak Covid-19 telah mula dirasai oleh rakyat Gaza. Aktiviti ekonomi yang telah sedia berada pada tahap minima sebelum ini terus mengecut. Restoran, kafe dan pelbagai perniagaan terpaksa ditutup dan ini pasti akan tambah menjejaskan ekonomi Gaza dan merentap kehidupan rakyat ke tahap yang lebih buruk.

Tahun ini kami mengharapkan dapat mengumpul dana yang cukup untuk membantu 1,000 keluarga di Gaza. Kami yakin bahawa rakyat Malaysia walaupun sedang berjuang menentang wabak Covid-19 namun kita sebagai orang beriman yakin bahawa sedekah mampu mengangkat bencana yang melanda negara kita sekarang ini.  Imam Baihaqi meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah”

 Bersedekahlah wahai rakyat Malaysia walaupun RM10.00 seorang, Insya-Allah, kita pasti menang dalam perjuangan wabak Covid-19 ini.

PAKEJ MAKANAN :

RM130

Per Pek

Bantu viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk berkongsi kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang dibawah: