SEDEKAH RAMADHAN KEMBOJA 2020/1441H

“Jangan Simpan Pahala Berpuasa Sendirian”

“Sedekah Ramadhan”. Bertujuan memberi peluang muslim Kemboja menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna lagi. Umum mengetahui muslim Kemboja hidup dalam kelompok minoriti di bawah pemerintahan Buddha. Bantuan amat terhad dari kerajaan namun terbuka pada bantuan luar. Kaum muslim tinggal di kawasan pedalaman dan menjadikan kelompok ini terus hidup dalam kemiskinan.

Terhadnya peluang pekerjaan menyebabkan ada diantara mereka hidup tidak cukup sumber makanan. Apatah lagi sempena kedatangan bulan Ramadhan ini. Makin menambahkan kerunsingan untuk mendapatkan sumber makanan bagi menjalani ibadah puasa.

Bagi meringankan beban yang ditanggung dianggarkan kira-kira 1500 orang akan menikmati makanan yang terdapat di dalam pakej pek SEDEKAH RAMADHAN bagi tempoh satu bulan. Teruskan bersedekah agar kita dapat rasai nikmat berpuasa sepanjang ramadhan ini.

WhatsApp Image 2020-04-06 at 10.02.09 AM

PAKEJ MAKANAN :

RM130

Per Pek

  • Beras 10kg
  • Tepung gandum 2kg
  • Gula2kg
  • Air berkarbonat 2L
  • Sardine 155g
  • Biskut 300g
  • Serbuk teh 120g
  • Minyak masak 1kg
  • Maggie 60g
  • Milo

 

Sasaran : 300 Keluarga

Lokasi : Kg.Thom

Bantu viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk berkongsi kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang dibawah: