SEDEKAH RAMADHAN YEMEN 2020/1441H

Konflik perang saudara dan perang antara dua blok iaitu Arab Saudi dan Iran terus melanda di Yaman tanpa kesudahan sejak tahun 2015.

Menurut PBB sekurang-kurangnya 10 Juta daripada 29 juta rakyatnya berada diambang kebuluran adapun 80 peratus daripada itu memerlukan bantuan kemanusiaan. Jika keadaan orang yang memerlukan bantuan ini tidak dapat ditangani dalam beberapa tempoh terdekat maka angka kebuluran akan meningkat secara mendadak dan ini menjadikan krisis kemanusiaan yang paling teruk di dunia.

Malah lebih teruk lagi , terdapat 2.2 juta kanak-kanak  berusia 5 tahun  ke bawah mengalami kekurangan zat  tidak menerima bantuan nutrisi sepanjang tempoh 6 bulan dan 3 juta penduduk terpaksa dipindahkan akibat dari wabak kolera dan demam

Namun penderitaan mereka ini terlalu berat dihadapinya apatah lagi menjelang bulan ramadhan bagi mendapatkan makanan dan minuman. Teruskan menyokong kami melalui pakej roti dan air bersih agar mereka dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna.

WhatsApp Image 2020-04-03 at 12.57.03 PM (3)

PAKEJ BANTUAN : ROTI & AIR BERSIH

RM130

Per Pek

Sasaran : Penduduk Kem di Sana’a ( Shibam Al-Gharaaz ,Al- Azraqeen, Al-Sawad,Al-Riqqah,Ad-Dharwan) & Zabid

(Jumlah pengeluaran roti sebanyak 20,000 buku dan 66,000 liter air sehari)

Bantu viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk berkongsi kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang dibawah: